Tuesday 23 April 2013

Origami Kucing

Mari belajar membuat origami kucing

 
 
Langkah 1
Kertas dilipat dua menjadi segi tiga.
Langkah 2
Buka semula lipatan untuk mendapatkan garisan tengah.
Langkah 3
Pilih salah satu daripada kertas itu dan lipat seperti gambar di atas.
Langkah 4
Lipat seperti bentuk kapal
Langkah 5
Lipat bahagian tepi. Siaplah bahagian kepala.
Langkah 6
Gunakan kertas yang satu lagi untuk membuat bahagian ekor.
Langkah 7
Lipat bahagian bucu kertas.
Maka siaplah bahagian ekor kucing.
Langkah 8
Sambungkan sehingga membentuk kucing.
Langkah 9
Gamkan bahagian kepala dan badan kucing.
Gunakan pelbagia corak untuk mencorak badan kucing.
Bestnya....Kami ada kucing.
Marilah mencuba.........
http://www.upsi.edu.my/

Friday 19 April 2013

Thursday 11 April 2013

Belajar Melalui Bermain

Belajar Melalui Bermain

Definisi

Belajar Melalui Bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat.
Melalui pendekatan ini murid boleh bermain dan berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara sendiri.

Pendekatan ini penting kerana:
  • Bermain adalah fitrah semulajadi kanak-kanak.
  • Kanak-kanak boleh meneroka, membuat inkuiri penemuan, menyelesaikan masalah dan memperolehi pengalaman tanpa disedari.
  • Bermain boleh memupuk pemikiran yang fleksible dan kreatif
  • Dapat memberi peluang untuk kanak-kanak melahirkan perasaan  dan pemikiran.
  • Dapat mengembangkan kemahiran bahasa, literasi, kemahiran sosial dan kefahaman budaya.
  • Kanak-kanak dapat memahami dunia di persekitaran mereka.
  • Kanak-kanak boleh mengambil risiko dan kesilapan.
  • Aktiviti bermain membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh serta dapat memenuhi keperluan kognitif, efektif dan psikomotor.
Parallel Play
 
Jenis Main
Terdapat pelbagai jenis main yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah.   Antaranya ialah main sosial (social play), main kognitif (cognitive play) dan main sosiodrama (sociodramatic play)