Wednesday 22 May 2013

PENDIDIKAN LUAR.


PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN KG. PASIR PUTEH, 31650 IPOH.
Tajuk:   Hari Perkhemahan Prasekolah 2013
Pendahuluan:   Hari perkhemahan diadakan setiap tahun bermula pada tahun 2010. Prasekolah menggunakan peralatan perkhemahan yang telah disediakan oleh JPN. Manakala peruntukan makanan menggunakan Wang Peruntukan Makanan Prasekolah.
Ketetapan:   Tarikh      : 21 Mei 2013
                       Masa    :  8.00 pagi.
                       Tempat :  Padang sekolah.
Objektif   :       1. Memberi pendedahan baru kepada semua murid prasekolah kepada aktiviti  
                          perkhemahan. 
                         2. Mendidik murid tentang menghargai dan mencintai alam sekitar.
                         3. Melahirkan perasaan gembira kanak-kanak ketika berada di sekolah.
Sasaran           : 50 orang murid-murid prasekolah.
Aktiviti              : 

                           8.00   -Mendirikan khemah

                           8.30  -Senaman pagi


                                    -Sukaneka
 

                           9.00   -Pertandingan mewarna.


                          10.00  -Kudapan
 

                          10.50  -Acara meniup belon


                          11.10  -Acara merebut gula-gula.

                          11.30  -Makan tengah hari.

                          12.00  -Bersurai.
 
Perkhemahan pada tahun ini berjaya dilaksanakan dan murid gembira semasa melaksanakan aktiviti.

HIASAN DI SUDUT-SUDUT PRASEKOLAH AL-HUDA.

Kelas prasekolah haruslah sentiasa kelihatan ceria.   Setiap sudut harus memiliki pemandangan  ilmu iaitu apabila murid melihat sudut itu maka mereka akan memperolehi ilmu dan menjadi ingatan yang kekal dalam pemikiran mereka.   Sudut-sudut itu juga haruslah kelihatan cantik dan ceria, untuk mempastikan murid berminat untuk datang ke sekolah.


KEMANUSIAAN

MARI MEMBACA

PAI

MARI MENJAGA KEBERSIHAN
 


MENGENAL WARNA
 

RUANG BERCERITA
 

Thursday 16 May 2013

Mari membuat operasi tambah.

Operasi tambah adalah salah satu standard pembelajaran matematik . Boleh digunakan bagi ModulTeras Asas mahupun bagi Modul Bertema dalam prasekolah. Menggunakan kaedah yang menarik mampu menarik minat murid untuk mempelajarinya.

Standard Kandungan
ST 8.1 Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10.

Standard Pembelajaran
ST 8.1.4 Menulis ayat matematik dengan menggunakan simbol tambah (+) dan sama dengan (=).

Aktiviti murid (1)


Murid akan menulis ayat matematik operasi tambah dengan bimbingan guru.
Murid menggunakan kad putih dan pen maker papan putih (whiteboard maker)
Murid cuba menyelesaikan operasi tambah bersama - sama dengan guru.
Aktiviti ini dilaksanakan secara berpasangan supaya murid saling membantu antara satu sama lain.
 
 
Guru memberi soalan lain untuk diselesaikan
 
Aktiviti murid (2)
Setelah murid menguasai kemahiran menulis ayat matematik bagi operasi tambah dan boleh menguasai kemahiran bagi operasi tambah, guru boleh memberi lembaran kerja yang perlu diselesaikan secara individu.


Nama:__________________
Hari::__________________
                                           
1   +   1 =____
 
2   +   1=____
 
3   +   1=____
 
1   +   2=____
 
1   +    3=____
 
4   +   1=____
 


Tuesday 7 May 2013

Keperluan Asas Kanak-Kanak.

Keinginan Asas Kanak-Kanak.

Mengikut pendapat Dauer dan Pangrazi (1983), Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan.   Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata.   aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan.

Dauer dan Pangrazi (1993) telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak, iaitu:
1. Keinginan untuk bergerak.
2. Keinginan untuk berjaya dan diperkenankan.
3. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya dan kehidupan bermasyarakat.
4. Keinginan untuk bersaing.
5. Keinginan untuk memperolehi kecergasan fizikal dan daya penarik.
6. Keinginan untuk mengembara.
7. Keinginan untuk memperolehi kepuasan kreativiti.
8. Keinginan untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan berirama.
9. Keinginan untuk mengetahui.


Melahirkan perasaan melalui pergerakan berirama. 


Kepuasan Kreativiti
 





Pergerakan bebas.
 




Perasaan ingin tahu.