Saturday 1 June 2013

PENGASAS-PENGASAS AWAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Beberapa tokoh terkemuka membuat kajian tentang pentingnya pendedahan pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak kerana inilah permulaan bagi setiap kanak-kanak untuk mengenali persekitaran yang lain daripada yang biasa mereka lihat iaitu dalam lingkungan keluarga mereka sendiri sahaja.
   
Martin Luther(1483-1546)
Pada pendapat Luther iaitu seorang tokoh Renaisans mempercayai bahawa setiap sekolah perlu membangunkan kualiti atau sifat-sifat intelek, agama, fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak.   Luther pernah menulis mengenai betapa pentingnya masyarakat menjaga kanak-kanak yang berada dalam kelompok mereka.   Luther juga mencadangkan muzik dan pendidikan jasmani perlu didedahkan kepada setiap kanak-kanak.

John amos Comenius (1592-1670)
Comenius  mempercayai manusia itu berpotensi dan mempunyai trait-trait sahsiah yang baik.   Dengan demikian potensi individu itu perlu didikik.   Pendidikan , menurut Comenius perlu bermula dari tahun-tahun awal kanak-kanak itu membesar.   Katanya " ....secara adanya pada peringkat awal atau muda seseorang itu lebih senang dibentuk berbanding pada peringkat telah berumur.   Demikianlah pohon yang kecil boleh ditanam, dipindahkan dan dihalakan ke arah mana tetapi sukar berbuat demikian setelah menjadi pokok."
Pendapat Comenius itu selari dengan pepatah Melayu iaitu "Melentur buluh hendaklah dari rebungnya".

Jean Jacques Rousseau (1712-1778)
Merupakan seorang falsafah, penulis dan pembina teori sosial Prancis.   Menurut Rousseau, tuhan menciptakan segala-galanya baik tetapi menusialah yang merosakkan kebaikan tersebut.   Rousseau menekankan proses pembelajaran yang tidak berstruktur sepenuhnya akan mengurangkan strukturnya.   Rousseau menekankan juga perkembangan semula jadi kanak-kanak dalam pembelajaran.   Ini bermakna kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar sebelum dia bersedia untuk belajar.