Thursday 16 May 2013

Mari membuat operasi tambah.

Operasi tambah adalah salah satu standard pembelajaran matematik . Boleh digunakan bagi ModulTeras Asas mahupun bagi Modul Bertema dalam prasekolah. Menggunakan kaedah yang menarik mampu menarik minat murid untuk mempelajarinya.

Standard Kandungan
ST 8.1 Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10.

Standard Pembelajaran
ST 8.1.4 Menulis ayat matematik dengan menggunakan simbol tambah (+) dan sama dengan (=).

Aktiviti murid (1)


Murid akan menulis ayat matematik operasi tambah dengan bimbingan guru.
Murid menggunakan kad putih dan pen maker papan putih (whiteboard maker)
Murid cuba menyelesaikan operasi tambah bersama - sama dengan guru.
Aktiviti ini dilaksanakan secara berpasangan supaya murid saling membantu antara satu sama lain.
 
 
Guru memberi soalan lain untuk diselesaikan
 
Aktiviti murid (2)
Setelah murid menguasai kemahiran menulis ayat matematik bagi operasi tambah dan boleh menguasai kemahiran bagi operasi tambah, guru boleh memberi lembaran kerja yang perlu diselesaikan secara individu.


Nama:__________________
Hari::__________________
                                           
1   +   1 =____
 
2   +   1=____
 
3   +   1=____
 
1   +   2=____
 
1   +    3=____
 
4   +   1=____
 


1 comment:

sarang ilmu said...

SERONOK.....PASTI PELAJAR SUKA